Rabu, 19 Januari 2011

Pari Bakar Asam Pedas

Resepi: Pari Bakar Asam Pedas

Bahan-Bahan:

Bahan A

ikan pari(potong)
daun pisang
limau/garam
Bahan B
cili kering-dikisar
1/2 mangkuk asam jawa
minyak masak
garam
gula
sedikit belacan-dikisar
1 btg serai-dikisar
1 batang bunga kantan-dikisar
sedikit lengkuas-dikisar
daun kesum



Cara Memasak:

ikan pari dibasuh dgn air limau dan garam(hilangkan hamis).toskan dan letak ke atas daun pisang.






Komen Tambahan:
bahan2 dikisar tadi boleh ditumbuk atau digiling untuk masakan lebih enak dan terasa lebih lazat.cubalah resepi ini,enak dimakan bersama nasi atau makan begitu saja.


Cadangan Hidangan:
panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dikisar tadi.setelah agak naik minyak dan bau masukkan air asam.Tumis sebentar dan masukkan garam dan sedikit gula.selepas bahan2 tadi sudah masak,tuang keatas ikan pari tadi,letakkan sedikit daun kesum dan bungkuskan dgn daun pisang tadi.ikan pari tadi bolehlah dibakar.

Ikan Pari Bakar Cicah Air Asam

Resepi: Ikan Pari Bakar Cicah Air Asam

Bahan-Bahan:

Bahan A:
500gm ikan pari

Bahan B:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
seulas halia
seulas kunyit hidup

Bahan C:(air asam)
5 tangkai cili padi (dikisar)
5 ulas bawang kecil (dikisar)
10 gm asam jawa
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam


Cara Memasak:

1. Perap ikan pari bersama Bahan B.  kemudian bakar ikan sehingga masak.

cara membuat(air asam):
gaul semua bahan .


Komen Tambahan:
Kalau nak pedaskan air asam masukkan cili padi


Cadangan Hidangan:
Dimakan bersama nasi putih dan masakan kampung.

Kek Span strawbery


Bahan-bahan ( saiz 18 cm)

3 biji telur (I used grade A)
1 cawan tepung gandum (100g)
1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sudu kecil susu segar
15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil strawberi paste

Cara:
  1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah.
  2. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan.
  3. Dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk .Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata.  
  4. Masukkan kuning telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan.
  5. Masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila dan strawberi paste . Kaup balik hingga sebati.
  6. Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.
  7. Hias ikut suka
Hiasan:
Strawberry decorfil, untuk dituang di atas dan sisi kek
Strawberry filling
Fresh cream

Sup Daging Ala Thai

Sup Daging Ala Thai

Bahan-Bahan:

1/2 @ 1/4 kilo daging
20 biji bebola daging
1/2 botol kecil  coca cola (ganti wain merah)
10 biji cendawan butang
1/2 sudu kecil serbul lada putih
2 - 3 sudu besar sos tiram
2 - 4 sudu besar kicap cair



*1 biji cili merah
*3 ulas bawang putih
*1 labu bawang besar
*1 pokok daun ketumbar berserta akarnya
Air secukupnya untuk rebusan
Jika kurang masin tambahkan garam secukupnya

* diracik halus



Cara Memasak:

1.  Daging dipotong lebar 1 cm panjang 3 cm.
2. Rebus daging dan bebola hingga empuk bersama bahan-bahan yang diracik, coca cola, sos tiram, kicap cair dan lada putih.
3. Setelah empuk masukkan cendawan butang




Cadangan Hidangan:
Taburkan bawang goreng + daun sup + daun bawang apabila dihidangkan.

Cili Rebus Asam Ikan Patin

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan patin
* 50 sen cili padi
* 5 ulas bawang merah
* sedikit kunyit
* sedikit belacan
5 keping asam gelugor (ikut suka, jika suka masam tambahkan lagi bilangan asam gelugor)
2000 ml air
Garam secukup rasa

* Bahan-bahan ini hendaklah dikisar bersama

Cara Memasak:

Masukkan bahan yang telah dikisar, ikan, asam gelugor, garam dan air ke dalam periuk.

Letakkan periuk di atas api yang sederhana sehingga mendidih.

Setelah mendidih kecilkan api dan biarkan sehingga 5 minit atau sehingga kuah itu pekat sedikit. Setelah itu padamkan api. Siap untuk dihidangkan.


Komen Tambahan:
Masakan ini sedap dimakan bersama nasi.

x da gambar nanti ada gambar sy pos kat sni....

kek coklat kukus

gambar ni contaoh je.ambik kat google je ni hehe


Bahan-bahan:-2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A)
1 cwn gula pasir1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak 1 cwn air panas
Cara-cara:-
ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati . masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.- adunan siap utk dikukus. Kukus selama 1 jam.

selamat mencuba

Resepi: Daging Pedas

Bahan-Bahan:

370 gm daging (dibasuh & dipotong kecil)
100 gm cili kisar
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
1.5 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih (ditumbuk & dikisar)
5 ulas bawang merah (ditumbuk & dikisar)
1 1/2 cawan air
1.5 cm halia
1/4 cawan minyak


Cara Memasak:

Rebus daging dengan air, halia yang ditumbuk, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga & kulit kayu manis. Biarkan hingga lembut & tinggal sedikit airnya. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar kacau hingga naik minyak. Masukkan daging bersama airnya, tuangkan kicap & sos tomato kacau hingga kering sedikit kuahnya. Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang dipotong baji. Kacau sebentar hingga layu & hidangkan.